Monday, June 22, 2009

mari belajar bahasa sabah!!!

seperti yang kita semua sedia maklum, sabah merupakan sebuah negeri yang menggunakan bahasa baku melayu sebagai bahasa perantaraan. walaubagaimanapun, dalam bahasa seharian ( bahasa pasar) iaitu bahasa yang akan biasa didengar sekiranya anda datang melawat ke sabah. mari kita belajar perkataan ini bersama-sama !!

BAHASA MELAYU SABAH

BAHASA MALAYSIA

sia

saya

tambirang/mukirayou/betrep

mengada-ngada/minta puji

iskul

sekolah

treping / triping

berangan / berimiginasi

kotoh

padan muka

siring

tepi

apatai

mati lah / susahla

eskep

ponteng (escape)

kasi

bagi

menyigup

merokok

indak / ndak / tia'

tidak

tampiling

tampar

kadai

kedai

kaling

keling / tamil

ruti

biskut / roti

kupi

kopi

jak

sahaja

sin

sen ( 10 sen , 20 sen )

kalo'

kalau

usai

mengemas / susun

marung-marung

muka bersedih ( murung )

salasai

selesai

bulih

boleh

taru'

letak / bubuh

ampai

meletakkan sesuatu di atas permukaan

limpang

baring

matai

mati

ensem bui

handsome boy

lawa'

cantik

jok

lucu ( joke)

silaka’

celaka

buduh

bodoh

munyit

monyet

mundur / gustan / ribes

undur ( reverse )

saaaaaaaaaaana / siiiiiiitu

terlalu jauh

siiiiiiiiiini

terlalu dekat

joe / gink

kawan

pilak

PTI

kerita

kereta

pundan

mak nyah / pondan

kili’

sot2 ( gila2)

bungul

bodoh2



sebenarnya masih banyak lagi yang terdapat di dalam senarai saya. bahasa melayu sabah sangat unik dialeknya dan bukanlah seperti bahasa melayu jakarta seperti ramai orang gambarkan. selamat belajar ! (^_^)

sabah maju jaya!!!!

Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak.

Sabah juga dikenali sebagai 'Sabah, Negeri Di Bawah Bayu' kerana kedudukan negeri ini yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut.